CREATED BY HAFIZA SUPIAN & LAILATUL NUR FOR ALYA FARHANAH (SAHABAT SEJATI SEHIDUP SEMATI)
Tanggal 27hb Januari, jeng jeng jeng
Inilah first time selepas 3 tahun kami kenal si Alya ni, dia celebrate birthday sorang-sorang di Scotland. Kami kesian tapi apa nak buat,cita-cita must come first kan.
Kami nak wish "HAPPY BIRTHDAY" kat Alya yang ke 22 tahun. Antara kami ni,dia lah paling tua tapi perangai mengalahkan budak kehingusan, kalau comel macam baby takpe jugak tapi malangnya OF COURSE lah TAK!
Memandangkan kami tak dapat nak buat surprise untuk Alya ni, ni jelah yang kami mampu lakukan. Nak kumpul duit tambang pegi sana boleh je,tapi terus jadi warganegara sana lah sebab tak mampu nak balik Malaysia.hihihi(tutup mulut dengan tangan) Kami nak cerita serba sedikit lah moment moment yang dicipta antara kami sejak Jun 2010.
Fiza ni jenis tak suka benda yang sama dengan orang lain,tup tup masa first time masuk kat bilik kolej baiduri,ternampak lah si pink tu kat atas salah satu katil,rupanya si Alya punye.Fiza malu giler masa tu sampai nak sorok tapi kalau nak suruh mama Fiza bawak balik Shah Alam si hijau tu,apa nak dipeluk time tidur pulak kan,Alya pon buat biasa je,agaknya dia pikir si pink dia tu dah ada gang. piiirrrrrrrrraaaahhhhhh
Start sini lah,kami jadi rapat sampai sekarang. Fiza dengan Alya start berkenalan dengan Laila time orientasi,kebetulan dia takde member lagi masa tu,so kami pun jadi gang la. Setiap kali orientasi, memang kami akan bertiga lah. Tapi bila diasingkan mengikut course,memang berpisah la,sorang civil,sorang elektrik,sorang mekanikal.
Semester 1,kami memang agak nakal sikit,selalu buat hal kat baiduri tu,tapi tak mau la citer,buat malu kat orang je sebab selalu buat dajal ngan orang lain,eh !
Cuma teringat lah masa study week kan, aktiviti kami ni penuh daripada pagi sampai malam,pagi kami plan nak main tenis,acah acah reti main jela,tengah hari kami ber movie kat bilik,petang kami pergi swimming,malam kami pergi karok,lepas habis karok sambung movie lagi,sampai takda ruang langsung masa untuk study.itulah kami.
Naik semester 2,kami mula berpecah sebab dah berasingan bilik,tapi kami still rapat macam biasa lah.Inilah first time Alya celebrate birthday dengan kami,tapi takde lah buat apa pun,cuma wish biasa je sebab masa ni kan,tak reti lagi nak surprise surprise lagi. Tapi start buat surprise ni, time birthday Fiza la. HAPPY BELATED BIRTHDAY HAFIZA SUPIAN ^_^
Yang ni memang betul betul surprise bagi Fiza la sebab ingatkan gang ni tak reti nak sweet sweet ni.lol.
Buat pulak kat Pantai Bersih je,tak jauh mana pun tapi memang sangat best.Konon-konon nak photoshoot kat tepi pantai,tu yang beriya pakai ala-ala princess.Tu ada lagi sorang member,namanya Maduwani tapi dia sekarang kat Melaka,further study kat sana pulak. HAPPY 19th BIRTHDAY HAFIZA SUPIAN
Lepas tu,kami celebrate birthday Laila.Ini temanya memang ala-ala horror sikit la sebab tempat ni memang sembunyi dan gelap sangat.Pakai lampu lilin sahaja.Malam tu memang kecut perut jugak lah tapi dah tema nya macam tu.Tempatnya kat mana ? -secret! hihi. Masa ni Maduwani buat maggie goreng untuk bekalan,kami ada jugak beli nasi lemak,tapi nasi lemak tu tak sempat nak makan sebab anjing dah bedal dulu,itu kami memang marah sebab kami tengah lapar.Kami tunggu kek dari Farizi,lambat sangat sampai sebab sesat melarat.Selepas habis je horror party ni,kami balik kolej,so excited lah tengok gambar gambar ni semua.Tapi adalah "benda-benda" tak mistik dalam tu,jeng jeng jeng. ok tutup cerita. HAPPY 19th BIRTHDAY LAILA
Kami rajin la melawat Penang,habis semua tempat kami terjah sebab kami ni nak survive kat Penang selama 3 tahun.So kene la explore kasi habis.
Semester 3, Fiza dengan Alya start busy pulak dengan aktiviti kelab Clickers.Alya ni naib presiden,Fiza pulak setiausaha.
Alya punya stress dengan Clickers tu,macam dalam gambar tulah.Mana ada dalam sejarah perdana menteri stress macam Alya stress dengan Clickers.HAHAHAHAHAHAHA. Seriously, Fiza dengan Alya memang bersungguh-sungguh dalam Clickers ni.sebelum ni,Fiza dengan Alya mana pernah serious dalam apa-apa je,belajar pun tak macam tu,HAHAHAHAHAHAHAHA.
Haaaa nampak tu, dia nyanyi lagu negaraku ngan tudung pink HAHAHA. Nak dijadikan kisah,masa ni Clickers ada buat jamuan makan hari raya kat kampung pelet,Alya confirmlah nak melaram kan,sebelum pergi jamuan tu,dia pergi Jusco Perda dulu sebab nak cari tudung pink yang dia pakai tu,lepas dah beli, dekat sejam Fiza menunggu dia nak siap pakai tudung tu.Bajet lawa sungguh,yelah,Alya la paling lawa dalam jamuan tu,mana boleh lawan tokey.
Semester 4,
Birthday si cantik alya farhanah, weekend tu kami semua busy duk berLDK tak sempat siapkan kad pada tarikh yang sepatutnya, so kami pon plan buat-buat lupa tak payah wish. tak disangka plak ada budak yang sentap menanges mengamok, SEBAB tak wish birthday dia. hahahahahahaha terok. besaq gajah tokmia duk teriak sequpa budak tadika. lempang sekali baqu tau.lepaih tu dia paksa kami belanja dia makan kat tempat paling mahal.pergh pergh pergh,kami dok jenuh pikiaq,padahal kami memang dalam proses buat kad dia. akhirnya siap dah kad, kami buat surprised letak kad dlm bonet kereta beserta belon-belon worna worni. paihtu kami set nak jumpa kat pulau, kedai ikan bakar tepi pantai. 1 2 3 amasham? tekejot tak kau? HEWHEW. HAPPY 20th BIRTHDAY ALYA FARHANAH
Time event clickers ni pulak, sorang-sorang pulon duk cari nak pakai baju apa ni, nak pakai kasut apa ni, nak pakai tudung apa ni, sapa nak makupkan ni. "Aku nak jadi diva malam ni" NAHH KAU DIVA! *wink* tudung fiza tu, cik laila yang dandankan. Heuks amasham shomel tak?? ada kelasss kau. si alya tu cakap nak simple-simple je, so there you go simple yet still pretty right? muah muah. (Tema Purple)
semester 6
ni tutup tutup mata bagai ni, agak-agak pasaipa ni? nak suruh bejalan pon payah. jenoh tarik tangan dia, haha budak ngek. kali ni kami plan nak celeb birthday alya kasi grandd punya. siap dengan kad, belon-belon, spaghetty carbonara yang dimasak oleh laila yang memang konpem sedap lagi lazat lagi menjilat pinggan, berpicnik di mengkuang dam, bercantik-cantikkan bercomel-comelan.
ni konon-konon kami sayang alya la ni. padahal dalam hati, tuttttttttttttttttttttttttt* cantiknya kita kan?. HAHA. sabaq sat. sabaq sat. belum berakhir lagi celebration utk dia ni, ada surprised lagi jeng jeng -->
seeeeeee. night wild party! hahaha dijemput budak-budak clickers bagi memeriahkan lagi suasana. apa perasaan kau? hati kau mesti berbunga gila time ni, mesti rasa nak cium2 kami kan? HAPPY 21st BIRTHDAY ALYA =)
tengokla! baju kami sama. kohkoh. buah tangan alya dari Vietnam. ye tak? ke aku salah? tak kisah lah, yang penting thanks bebanyak sbb jadi penaja baju, hahahaha. okay ni pulak birthday fiza. temanya pegi picnik jugak. puas la ikhtiaq nak buat tema apa. nak tema ala-ala melayu terakhir pakai kain batik kayuh sampan, ada jugak pkiaq nak tema ala-ala korea kayuh beskel sambil pegang belon. hihi cuwet kan? dah mcm2 kami pkiaq last sekali pilih utk berpicnik di taman botanika dan berkuda di bayview hotel georgetown.
awesome kan!!! HAPPY 21st BIRTHDAY FIZA! ;*
seterusnya kita cerita pulok time birthday laila, we make her feel like a princess. acewah! fulfilling her wish. terimakasih awok. saya sayang awok. macam biasa aktiviti berlangsung mengikut hobi kegemaran, makan, karok & movie timeeee. time ni pon exam week kalau tak silap, semuanya bertungkus lumus dah last semester. cukup-cukup la segala permainan yang kami dah buat. DAH tiba masa untuk matang. hehe peace yaww.
movie time!!!!!!!!!! HAPPY 21st BIRTHDAY LAILA
Hari raya kami p openhouse rumah fiza, walau jalan jem, tetap jugak kami redah. nampak tak kebaikkan itu? haha. bongok.
Date kali yang terakhir, teman alya beli stok barang utk bawa p scotland. Seriously sedih sebab ini adalah kali terakhir kami dating bertiga :(
0 comments:
Post a Comment